Sunday, January 16, 2011

Afterthought: We All Have Sinned, Admit It.

I went to church this morning and something really caught my attention when I first read the Risalah Mingguan. I just want to share this with you and I'm not trying to offend anyone, this is just a sharing and it's just for your own reflection.

           "Para pemimpin negara kita pernah melaung-laungkan wawasan mereka agar penduduk negara kita mencapai tujuh puluh juta pada tahun 2020. Mereka berpendapat bahawa dengan ramainya penduduk maka negara ini akan makmur dan setanding atau lebih maju daripada negara-negara lain di dunia ini. Apakah pendapat ini didasari oleh fikiran nenek moyang kita yang mengatakan, " Banyak anak, banyaklah rezeki?

Tetapi kenyataannya semakin dunia ini dipenuhi oleh manusia, semakin hebat dan canggih pulalah kejahatan manusia. Kalau dahulu kita sering dengar peperangan itu terjadi antara suku, bangsa dan negara tetapi  kini peperangan alaf baru sudah berubah. Contohnya tragedi 11 September. Amerika dan negara-negara sekutunya memerangi hanya kerana seorang manusia yang dikatakan telah memusnahkan bangunan pusat dagangan dunia. Orang ini, Osama bin Laden yang sampai kini belum berhasil dikesan. Menurut Osama, tragedi tersebut adalah direstui Allah. Sementara dirinya serta pengikut-pengikutnya yang melakukan kekejaman ini dianggap sebagai 'jihad'.

(best part)
Aneh memang aneh manusia zaman sekarang. Mereka hampir tidak pernah lagi mengaku kesalahan. Contohnya kalau kedapatan bercakap bohong, paling dia mengaku bohong 'sunat' (melakukan sesuatu tanpa merasa berdosa malah mendapat ganjaran dari Tuhan). Orang tidak lagi mengaku mencuri tetapi 'pinjam' untuk tidak dikembalikan lagi. Orang tidak lagi merasa menipu dengan sengaja mengubah angka-angka menambah jumlah perbelanjaan demi kepentingan sendiri. Katanya 'service charge'. Orang tidak lagi mengaku berzina tetapi sekadar sosial, rakan sekerja atau rakan niaga sehingga mereka merasa bebas untuk bersama ke mana sahaja tanpa segan silu. Paling parah adalah manusia tidak lagi merasa membunuh bayi yang belum dilahirkan akibat kebejatan sosial mereka, tapi dianggap hanya sekadar menggugurkan janin demi maruah dan demi kasih konon.

Demikianlah serentetan dosa-dosa manusia yang mewakili sekian jenis dosa yang sebenarnya tidak mahu kita dengar sebab memang benar bahawa manusia tidak suka mendengarkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Tidak ada orang yang mahu mengaku 'berak di tengah jalan', bukan?

(best part2)
Sikap kita mempermain-mainkan dosa atau tidak mengakui malah menghalalkannya itu bererti kita mempermain-mainkan dan tidak mengakui Yesus Kristus dalam kehidupan kita. Sebab hakikatnya bahawa jika kita menganggap diri ini sempurna, tidak berdosa, maka itu bererti kita tidak memerlukan Kristus.

Masih banyak orang yang belum kenal Kistus secara peribadi sebab mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah orang-orang yang berdosa. Perhatian kita pada hari ini adalah peribadi Yesus Kristus yang menyelamatkan kita dari dosa. Yohanes Pembaptis dalam Injil hati ini mengajak kita untuk menumpukan perhatian kita pada Yesus Kristus,"...Anak domba Allah yang menghapus dosa dunia"(Ay29).

Kejahatan manusia yang paling teruk bukanlah terletak pada perlakuan dosa itu sendiri. Dosa yang sebenarnya adalah melakukan dosa dengan sedar tetapi tidak mahu mengakuinya. Bak kata pepatah " lempar batu, sembunyikan tangan".

Dengan kata lain, jika memang kita sudah jatuh dalam dosa, maka seharusnyalah kita merendahkan diri sendiri dan mengakui segala kelemahan sendiri - "berani buat berani tanggung".

Jika kita tidak berbuat demikian, maka kita tidak akan bertumbuh dalam Yesus Kristus. Sebab, " Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita.Jika kita berkata bahawa kita tidak ada berbuat dosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita" ( Yoh. 1:8,10)

Melalui pengalaman, kita semua mengakui bahawa kita adalah manusia lemah, mudah menjadi mangsa pelbagai dosa. Malah pengaruh dosa tidak perlu dicari di luar rumah, ianya boleh masuk ke dalam rumah kita melalui televisyen radio, telefon bimbit daan pelbagai alat komunikasi yang lain. Belum lagi termasuk CD porni yang menggiurkan yang banyak terjual di kaki lima kedai dan di pasaran gelap dengan harga yang murah, lebih murah daripada setin bir. 

Kita semua memerlukan pengampunan dan kekuatan serta penyelamatan daripada Yesus Kristus. Maka hendaknya kita menjauhkan diri daripada sikap mencuba-cuba dan mempermain-mainkan dosa serta menghalalkannya. Sebaliknya kita mengaku dan memohon pengampunan Tuhan melalui Sakramen Pengampunan yang telah disediakan Yesus Kristus untuk kemudahan kita. Sebab, "Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan." (1Yoh.1:9)


Then I started to reflect upon myself.

3 comments:

D E B B I E S E B said...

alalaa..dia taip ba suma~punya rajin..

mumise said...

Thanks for sharing & something to ponder myself :D. Take care and God bless...muwaaahhh

Colyn Eylvera George said...

sa suka bah deb, tu lah sa sanggup type balik.

mumise: God bless you too!mwappp